MY LIFE

MY LIFE

About Me

My Photo
Kajang, Selangor, Malaysia
my real name is Nurul Syazwani binti Mohd Rasdi..i was born in 1988 at HBKL..i'm a simple person with a simple life..i want to be what i want to be..i don't like person who force me to do something..i'm a human being that can't escape from sins.. but as a human that god gave us a brilliant brain..we can identified what is good and wrong..i always want to change my self to be someone that people can praud..i hope my wish will be come true..

Sunday, June 20, 2010

ESQ Training

aku mulakan dengan bacaan bismillahirahmanirahim...

pada mulanya aku mengikuti kursus ini, aku hanya pergi dengan jiwa yang kosong, fikiran yang bercampur-campur..ada yang negatif..ada yang positif..tapi setelah dua hari aku mengikuti kursus ini, seribu makna yang tidak ternilai untuk aku. Terima kasih mama kerana telah memberi aku peluang untuk mengubah diriku ini. Sesungguhnya Allah itu telah menulis masa depan hambanya. Kita tidak tau apa yang bakal kita hadapi masa hadapan, apa yang pasti, diri kita hanya kita serahkan kepada yang MAHA MENGETAHUI..apa yang aku ingin kongsikan didalam blog ini..hanyalah untuk tatapan semua dan juga diriku.

Apa yang kita mahukan dalam diri kita? apa yang kita mahukan dalam hidup kita? Adakah semua manusia mencari kebahagiaan?? tapi kebahagiaan macam mana yang kita mahukan? adakah hanya dengan mempunyai wang? adakah dengan hanya mempunyai sahabat yang ramai? adakah dengan hanya mempunyai muka yang cantik? yang tampan? Manusia mudah lupa tentang asal usulnya..sehingga mereka sanggup untuk menzalimi sesama manusia hanya kerana gilakan kuasa..apa semua ini??

Tidak sempurna lagikah semua nikmat yang Allah berikan kepada kita? matahari? bulan? udara? bintang? bumi? masih tidak cukupkah?! Di ESQ training inilah aku mula mengenal diriku ini..aku hanya hamba-hamba Allah yang hina.. yang tidak punya apa-apa dimuka bumi ini..aku hanya mahukan kebahagiaan yang diredhai olehNya...
seperti mana Allah pernah berfirman "...dan carilah daripada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu(kebahgiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari(kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah(kepada orang lain) sepertimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu membuat kerosakan di(muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang membuat kerosakan..."
-surah Al-Qashash 28:77

Sekarang aku tau apa yang aku mahukan dalam hidup ini..aku hanya mahukan Allah! aku mahu berubah kerana aku cintakan ALLAH lebih daripada segalanya..alhamdulillah..telah aku terima petunjuk daripadaMu..insyaAllah..dengan keizinanMu..aku berubah..